Patani adalah sebahagian daripada tanah ‘Tanah Melayu’. Bagaimanapun,pada pertengahan abad ke-19 Patani telah menjadi mangsa dasar imperialistikkerajaan Siam. Dalam tahun 1826, penaklukan Siam ke atas Patani telahdiakui oleh British. Dalam usahanya untuk mengukuhkan cengkamannya keatas Patani, pada tahun 1902 kerajaan Siam melaksanakan dasar Thesaphiban.
Dengan itu, sistem pemerintahan kesultanan Melayu telah dihapuskan. Dengantermeterainya Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Patani telah diakui olehBritish sebagai sebahagian daripada jajahan Siam walaupun tanpa kerelaanorang-orang Melayu Patani.
Semenjak penghapusan pemerintahan Kesultanan Melayu Patani, orang-orangMelayu-Patani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Seperti yangdiungkap oleh W.A.R. Wood, Konsol British di Songkhla, orang-orang Melayutelah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang ‘misgoverned’. Justeru,tidaklah hairan kekacauan seringkali berlaku di Patani. Pada tahun 1923,Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, bekas raja Kerajaan Melayu Patani, dengansokongan pejuang-pejuang Turki, telah mengepalai gerakan pembebasan.Kebangkitan anti-Siam menjadi lebih hebat lagi apabila kerajaan PibulSonggram (1939-44) cuba mengasimilasikan kaum minoriti Melayu ke dalammasyarakat Siam melalui Dasar Rathaniyom.
Penglibatan Siam dalam Perang Dunia Kedua di pihak Jepun telahmemberikan harapan kepada orang-orang Melayu Patani untuk membebaskantanah air mereka daripada penjajahan Siam. Tengku Mahmood Mahyideen,putera bekas Raja Melayu Patani juga seorang pegawai berpangkat Mejardalam pasukan Force 136, telah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasaBritish di India supaya mengambil alih Patani dan wilayah sekitarnya sertadigabungkan dengan Tanah Melayu.
Cadangan Tengku Mahmud itu adalahselaras dengan rancangan Pejabat Tanah Jajahan British untuk mengkajikedudukan Segenting Kra dari sudut kepentingan keselamatan Tanah Melayuselepas perang nanti.
Harapan itu semakin cerah apabila kuasa-kuasa berikat, dalamPerisytiharan San Francisco pada bulan bulan April 1945, menerima prinsiphak menentu nasib sendiri (self-determination) sebagai usaha membebaskantanah jajahan daripada belenggu penjajahan.
Atas semangat itu, pada 1 November 1945, sekumpulan pemimpinMelayu Patani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal, bekas wakil rakyat wilayahNarathiwat, telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British merayusupaya empat wilayah di Selatan Siam dibebaskan daripada pemerintahanSiam dan digabungkan dengan Semenanjung Tanah Melayu.Namun begitu, pendirian British terhadap Siam berubah apabilaPeperangan Pasifik tamat. Keselamatan tanah jajahan dan kepentingan Britishdi Asia Tenggara menjadi pertimbangan utama kerajaan British dalampenggubalan dasarnya terhadap Siam atau pun Patani.
Kerajaan Britishmemerlukan kerjasama Siam bagi mendapatkan bekalan beras bagi keperluantanah jajahannya. Tidak kurang pentingnya, kerajaan British terpaksamenyesuaikan dasarnya terhadap Siam dengan tuntutan Amerika Syarikatyang mahu mengekalkan wilayah Siam seperti dalam tahun 1941.
Kebangkitan Komunis di Asia Tenggara, khususnya di Tanah Melayupada tahun 1948, menjadi faktor pertimbangan British dalam menentukandasarnya. Kerajaan British menganggap Siam sebagai negara penampanterhadap ancaman Komunis China. Justeru, Kerajaan British mahu memastikanSiam terus stabil dan memihak kepada Barat dalam persaingan denganNegara-Negara Komunis. Kerajaan British memerlukan kerjasama kerajaanSiam bagi menghapuskan kegiatan penganas-penganas Komunis di perbatasanTanah Melayu-Siam.
Kebetulan pula kerajaan Siam telah memberi jaminanuntuk memperkenalkan reformasi pentadbiran dan sosio-ekonomi di Patanibagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu. Oleh keranaitu, isu Patani mula dianggap kurang penting malahan kiranya dibangkitkanakan menjejaskan hubungan dengan Siam.
Selepas Persidangan Songkla padaawal Januari 1949, pihak berkuasa British di Tanah Melayu atas tuntutanpihak Siam mula mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin pejuanganPatani. GEMPAR juga telah diharamkan. Tengku Mahmood Mahyideen telahditekan manakala Haji Sulung dihukum penjara. Pergerakan politik Patanisemakin lemah dengan kematian Tengku Mahmood Mahyideen dan HajiSulung pada tahun 1954.
Sehubungan perjuangan politik kemerdekaan Patani,seorang pegawai Pejabat Tanah Jajahan British pernah mengulas bahawa:
If the affairs in this world were settled by common sense and equity, I personally haveno doubt what ever that Patani ought to be seperated from Siam dan become part ofMalaya. The inhabitants are 90%. Malays and 90% Mohamedans (in a Buddhistcountry). All their connections are with the south, and particularly with Kelantan, andthe Siamese record in Patani is one of dreary mis-rule interspersed with sporadicoutbursts of actual tyranny. There is no doubt that where the wishes of the inhabitantslie, and a fair plebscite (if one could be arranged) could only have one result. In thecomplex affairs of international politics, however, mere practical considerations ofthis mind do not find much place.
No comments:
Post a Comment