Selepas Phya Taksin berjaya mengalahkan Burma di Ayuthia dalam tahun1776, Siam telah menumpukan pula perhatiannya ke atas negeri-negeri diselatan semenanjung yang telah mengisytiharkan diri semasa perang Burma-Siamdahulu. Negeri-negeri di Selatan Semenanjung iaitu Ligor, Songkhla dan Pattalung telah diserang oleh Siam. Keadaan ini menyebabkan rajanegeri-negeri tersebut terpaksa mencari perlindungan di Patani. Oleh keranapemerintahnya, terpaksa tunduk kepada desakan Siam supaya raja-raja tersebutdiserah kepadanya. Pada tahun 1779, Sultan Muhammad pula telah dipaksamemberi bantuan kepada Siam untuk menentang Burma. Apabila SultanMuhammad enggan membuat demikian, Phraya Chakri telah memerintahadiknya, Putera Surasi, dengan dibantu oleh Phraya Senaphutan, GabenorPattalung, Palatcana dan Songkhla supaya menyerang Patani pada tahun 1785(Gresick 1976, 127; Thadeus & Chadin Flood 1978, 15 dan Wenks 1968,101). Walaupun kerajaan Melayu Patani cuba mempertahankan diri tetapiSiam telah berjaya menguasai Patani pada tahun berikutnya.
SultanMuhammad pula telah syahid dalam pertempuran dengan pihak Siam (Light1786)1. Akibat kekalahan itu, seramai 4,000 orang Melayu Patani telahdijadikan tawanan dan dibawa ke Bangkok sebagai hamba tebusan. Berikutan kejatuhan Patani itu, Tengku Lamidin, Raja Bendang Badan,telah dilantik oleh Siam sebagai Raja Patani yang baru. Tengku Lamidinbagaimanapun tidak lama berkuasa. Dalam tahun 1791, Tengku Lamidintelah bersatu dengan Raja Annam yang beragama Islam, Okphaya Cho So,dan memberontak serta menyerang kedudukan tentera Siam di Tiba, Chanak,Songkhla dan Saiburi.Dalam kebangkitan itu, Tengku Lamidin telah dibantuoleh Sheikh Abdul Kamal, seorang ulama berasal dari Mekah, tetapi gagal(Teeuw & Wyatt 1970, 23).Kemudian pihak Siam, atas cadangan Ligor, telah melantik DatukPengkalan sebagai Raja Patani. Pada tahun 1808 Datuk Pengkalan jugabangkit menentang Siam. Walau bagaimanapun, pemberontakan itu juga telahdapat dipatahkan oleh Siam setelah mendapat bantuan kerajaan pusat diBangkok Kerajaan Melayu Patani telah dipecahkan kepada tujuh buah negeriatau hua muang untuk melemahkan orang Melayu Patani.
Di tiap-tiap buahnegeri itu, telah dilantik seorang raja atau chao muang di bawah pengawasanSongkhla. Dengan perubahan ini, maka berakhirlah keagungan KerajaanMelayu Patani. Kini Kerajaan Melayu Patani hanyalah salah sebuah darinegeri yang baru dibentuk. Tujuh buah negeri tersebut dan raja-rajapemerintahnya adalah seperti berikut (Bonney, R 1971, 79).:
Patani Tuan Sulung
Teluban Nik Dir
Nongchik Tuan Nik
Jalor Tuan Yalor
Jambu Nai Pai
Rangae Nik Dah
Reman Tuan Mansur
Dengan memecahkan kerajaan Melayu Patani, kerajaan Siam percayamereka dapat melemahkan orang Melayu Patani daripada bangkit menentang. Sejajar dengan itu arahan raja telah dikeluarkan kepada raja-raja negeriMelayu bahawa hukuman mati ataupun penjara akan dikenakan terhadapmana-mana raja, termasuk keluarga mereka, sekiranya mereka memberontakatau menderhaka. Untuk mengukuhkan lagi penguasaannya ke atas negeri-negeri Melayu, kerajaan Siam telah melantik Raja Jambu, Nai Rai, seorangberketurunan Siam, sebagai wakil kerajaan pusat bagi mengawasi raja-raja dinegeri lain. Sementara itu, kerajaan Siam juga memindahkan orang-orangSiam ke negeri-negeri tersebut dengan tujuan mengimbangkan pendudukyang berketurunan Melayu.
Pada tahun 1821, Siam menyerang pula Kedahdan memaksa Sultan Abdullah melarikan diri ke Pulang Pinang (RahmatSaripan 1979, 83). Kekuasaan Siam ke atas negeri-negeri Melayu tersebuttelah diakui oleh British seperti mana terbukti dengan termeterainya PerjanjianBurney dalam tahun 1826.
Dari tahun 1817 hingga tahun 1842, Patani telah diperintah oleh sekurang-kurangnyadua orang Raja Melayu. Orang yang pertama memegang jawatanitu ialah Tuan Sulong, anak Raja Bendahara Kelantan, Long Jenal. Bagindatelah memegang jawatan itu sehingga tahun 1832 apabila baginda disingkirkankerana terlibat dalam kebangkitan anti-Siam dalam tahun 1831. Berikutanpenyingkiran itu, pihak Siam melantik pula Nik Yusof, yang berasal dariGrisek, sebagai Raja Patani. Semasa berlakunya kebangkitan anti-Siam dalamtahun 1838, Nik Yusof tidak terlibat. Dalam tahun 1842, Nik Yusof dilantikmenjadi Raja Jering berikutan kematian Nai Him Sai. Bagi mengisi kekosonganitu, Siam melantik Tuan Besar Tun Ahmad, Raja kampong Laut dan bekasPerdana Menteri Kelantan sebagai Raja Patani. Sejak itu sehingga 1902,Patani telah diperintah oleh Tuan Besar dan keturunannya.
No comments:
Post a Comment