Pada 7 Mei 1948, Abdullah Long Puteh,dengan ditemani oleh seoranpegawai Siam,telah mengadakan pertemuan dengan Tengku MahmooMahyideen di Kota Bharu (Straits Times 29 Apr. 1948). Dalam petemuan yang singkat itu Abdullah Long Puteh memberitahu Tengku Mahmood Mahyideen tentang hasratnya untuk menyelesaikan masalah orang Melayu Patani. Sekiranya kerajaan Pibul ingin mengadakan rundingan perdamaian, Abdullah berharap Tengku Mahmood Mahyideen akan bersetuju untuk datang ke
1. Haji Sulung, sebagai pemimpin utama masyarakat Melayu di keempat-empat wilayah tersebut, hendaklah dibebaskan bagi membolehkannya turut serta dalam perbincangan itu.
2. Membenarkan pemimpin-pemimpin Patani yang melarikan diri ke Tanah Melayu pulang ke
3. Kawalan polis di kampung-kampung hendaklah ditarik balik.
4. Kerajaan Siam hendaklah membuat tawaran rundingan itu secara rasmi dan salinannya hendaklah dihantar kepada Duta-duta British dan Amerika.
Malangnya, cadangan Abdullah untuk mengatur pertemuan antara Tengku Mahmood Mahyideen dengan Pibul Songgram telah ditolak oleh Kabinet
Haji Sulung masih berada dalam tahanan dan tidak dibenarkan diikat jamin. Haji Sulung kemudiannya telah dipindahkan ke Nakorn Sithammarat di atas permintaan Pendakwa raya atas alasan bahawa tertuduh adalah seorang yang berpengaruh di Patani dan saksi-saksinya hendaklah bebas daripada sebarang pengaruh. Bagaimanapun perbicaraan itu terpaksa ditangguhkan kerana saksi kerajaan, Gabenor Phraya Ratanapkdi,tidak dapat hadir.
No comments:
Post a Comment