Monday, 5 April 2010

Kerajaan Melayu Patani

Sejarah awal Kerajaan Melayu Patani masih lagi diselimuti kekaburan. Dalam catatan sejarah tidak dapat dipastikan asal-usul atau tarikh sebenar kerajaan Melayu Patani didirikan. Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang membuat perhubungan dengan negeri-negeri Asia Tenggara pada abad kedua Masehi sebuah negeri bernama "Lang-ya-shiu" atau Langkasuka (Paul Wheatley 1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu.

Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora (Songkhla) dan Kelantan itu adalah lokasi asal negeri Patani. Adalah dipercayai bahawa ibu negerinya pada masa itu terletak di sekitar daerah Yarang. Patani adalah sebuah kerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu dan sebuah pelabuhan yang penting sejak kurun ke-8 Masehi kerana Teluk Langkasuka (Teluk Patani sekarang) sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal dagang berlabuh dan berlindung daripada ribut tengkujuh.

Paul Wheatly menjelaskan bahawa kerajaan Langkasuka menguasai jalan perdagangan timur-barat melalui Segenting Kra dan kekuasaannya meliputi kawasan Semenanjung sehingga ke Teluk Benggala. Kerajaan Melayu Langkasuka wujud sehingga menjelang abad ketiga belas dan diganti oleh Kerajaan Melayu Patani.

Persoalan bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya. A.Teeuw dan Wyatt berpendapat bahawa Patani telah ditubuhkan sekitar pertengahan abad ke-14 dan ke-15. Pendapat mereka berasaskan kepada tulisan Tomes Pires dan lawatan Laksamana Cheng Ho ke rantau ini dalam tahun 1404-1433 T.M. (Teeuw & Wyatt 1970,3). Mengikut Hikayat Patani pula, Kerajaan Melayu Patani berasal dari kerajaan Melayu yang berpusat di Kota Mahligai yang diperintah oleh Phya Tu Kerab Mahayana (Teeuw & Wyatt 1970,68).

Oleh kerana kedudukan Kota Mahligai itu terlalu jauh ke pedalaman dan sukar untuk didatangi oleh pedagang-pedagang telah menyebabkan Phya Tu Antara, anak Phya Tu Kerab Mahayana, memindahkan pusat kerajaannya ke sebuah perkampungan nelayan yang kemudiannya diberi nama "Patani", dipercayai berpusat di Kampong Grisek dalam wilayah Patani sekarang ini.

Kedudukan Patani di Semenanjung Siam yang strategik dari segi geografi, telah menyebabkan kota itu menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing baik dari barat atau timur untuk singgah sama ada untuk beristirahat ataupun berdagang. Dalam masa yang singkat saja Patani telah muncul sebagai sebuah kerajaan yang penting, maju dari segi ekonomi serta stabil dari segi politik dan pemerintahan. Dasar perhubungan antarabangsanya yang baik telah menyelamatkan Patani daripada jatuh kepada penjajah-penjajah Siam, Portugis dan Belanda.

Agama Islam juga telah membawa angin perubahan yang bermakna kepada Patani. D’ Eredia, seorang pelawat Portugis, telah menulis dalam tahun 1613 bahawa Islam telah bertapak di Patani lebih awal daripada Melaka (Mills 1930). Dalam hal ini, Teeuw dan Wyatt berkeyakinan bahawa Islam telah bertapak di Kuala Berang, Terengganu, iaitu pada sekitar 1386 - 87 T.M. (Teeuw & Wyatt 1970, 4). Phya Tu Antara, yang memeluk Islam melalui seorang ulama dari Pasai, Syeikh Said, telah menukar namanya kepada nama Islam iaitu Sultan Ismail Syah Zillullah Dil Alam (Teeuw & Wyatt 1970, 68-69). Semenjak itu, Patani telah menjadi tumpuan saudagar-saudagar Islam dan menjadikannya sebagai pusat perdagangan Timur-Barat yang terkenal di rantau ini. Patani bertambah maju apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

4 comments:

  1. Salam,

    Mengambil kira beberapa faktor, sekiranya sebuah kerajaan telah terbina pada abad ke-2 masihi melalui catatan, maka sebenarnya kita boleh katakan kerajaan tersebut mesti wujud lebih awal. Hal ini disebabkan :

    1) Penubuhan sesebuah kerajaan mengambil masa yang lama sebelum tertubuh mantap. Maka, jika kerajaan tersebut telah wujud pada waktu itu, maka proses pembentukan dan permulaan kerajaan adalah waktu sebelumnya.

    2) Amat mustahil catatan tersebut ditulis pada tahun pertama penubuhan kerajaan langkasuka, kan? Malahan, mereka perlu mengambil masa yang lama untuk membina tamadun sehingga mampu menarik pelawat2 yang menulis catatan tersebut, kan?

    3) Menurut Syed Naquib al-attas, Islam telah bertapak di Melaka pada 700-800 tahun masihi dari pedangang Arab yang singgah di Canton dahulu, kalau x silap. Sama ada, kerajaan awal melaka yang menerima Islam terlebih dahulu atau jika benar Patani menerima Islam dahulu, maka waktunya mestilah lebih awal.

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  2. Cladius Ptolemy seorang astrologi Greek menulis didalam bukunya Geographia pada tahun 150M mencatatkan Telok Patani sebagai telok Perimoulikus. Keujudan Langkasuka juga dicatit aoleh Ptolemy sejak tahun 132M. Ini bermakna Langkasuka atau Patani telah ada sejak abad ke 2M. Nabi Muhammad s.a.w berada di abad ke 7M.

    ReplyDelete
  3. Ada yang menjual buku tentang patani

    ReplyDelete
  4. Klau ad yg jual bku tntang patani contac sya 081366721021

    ReplyDelete