Pada waktu Thamrong sedang berusaha mengatasi masalah orang-orangPatani, kerajaannya telah digulingkan oleh junta tentera yang dipimpin olehJeneral Phin Chuhawan pada 8 November 1947 (Nik Anuar 1998). PridiBanamyong dan Thamrong telah berjaya menyelamatkan diri daripada ditahanoleh junta tentera. Kedua-dua tokoh tersebut, termasuk Chaem Promyong,telah berlindung di Kedutaan British. Dengan bantuan Duta British danAmerika, Pridi dan Chaem telah belayar ke Singapura; sementara Thamrongpula bersembunyi di pangkalan tentera laut di Sattahip. Sementara itu, juntatentera telah melantik Khung Aphaiwoang, pemimpin Parti Demokrat, sebagaiPemangku Perdana Menteri sehingga pilihan raya kebangsaan diadakanpada bulan Januari 1948, manakala Pibul Songgram, bekas Perdana Menteridan pemimpin Parti Thammathipat, telah dilantik semula sebagai Ketua TurusAngkatan Bersenjata Siam.
Kepulangan semula Pibul Songgram di dalam arena politik kurangdisenangi oleh kuasa-kuasa besar Eropah khususnya Britain, Amerika Syarikatdan Perancis. Mereka beranggapan tindakan tentera merampas kuasa daripadakerajaan yang sah sebagai suatu yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.Mereka juga bimbang Kerajaan Siam, atas hasutan Pibul, akan mengamalkandasar ekonomi yang boleh menjejaskan kepentingan mereka di negara ituseperti yang pernah berlaku pada zaman pemerintahan Pibul (1938-44).
Diantara kesemua kuasa Eropah, Perancislah yang paling bimbang dengankemunculan semula Pibul. Kerajaan Perancis bimbang Kerajaan Siam akanmengamalkan dasar iridenta ke atas wilayah Perancis di Indochina. JusteruPerancis mencadangkan agar kuasa-kuasa Barat memanggil pulang dutamasing-masing dari Bangkok sebagai tanda bantahan mereka terhadaprampasan kuasa tersebut. Malahan Perancis juga mencadangkan supayasekatan ekonomi dikenakan ke atas Siam selagi Pibul Songgram dan pihaktentera berkuasa. Amerika dan Britain bagaimanapun menolak cadangan itudan sebaliknya memutuskan untuk tidak mengiktiraf rejim itu sehinggapilihan raya diadakan. Untuk sementara waktu, perhubungan di antara Siamdengan kuasa-kuasa besar adalah bertaraf de jure saja.
Kepulangan Pibul Songgram dan junta tentera di dalam pemerintahantelah menimbulkan kebimbangan di kalangan orang Melayu. Orang Melayumasih tidak lupa dengan kekejaman Pibul semasa melaksanakan DasarKebudayaan berbentuk paksaan semasa pemerintahannya dulu dan bimbangPibul akan menghidupkan semula dasar kebudayaan itu (Nantawan Haemindra1976). Dengan demikian, bukan sesuatu yang menghairankan keteganganmemuncak semula di keempat-empat wilayah tersebut. Mereka yang lemahsemangat telah mengambil pilihan untuk berhijrah ke Kelantan.
Melihatkeadaan ini, Ku Muda Putra, seorang anggota Majlis Perhimpunan, pernahmenasihatkan Kerajaan Siam supaya menerima tuntutan Haji Sulung untukmewujudkan pemerintahan otonomi di keempat-empat wilayah tersebut.Beliau menjelaskan bahawa orang Melayu di keempat-empat buah wilayah diSelatan Siam tidak bercadang untuk berpisah dari Siam. Apa yang merekamahukan ialah sebuah rumah mereka sendiri tetapi dalam pagar yang sama.
No comments:
Post a Comment