Rancangan Asimilasi dan Kesannya ke atas Masyarakat Melayu
Pada tahun 1932, Kerajaan Siam sendiri telah mengalami perubahan besardalam sejarah politiknya. Pada 24 Jun 1932 sekumpulan pegawai mudatentera dan awam di bawah pimpinan Phya Bahol, Phya Song dan PridiBanamyong telah merampas kuasa dan menukar sistem pemerintahan negaraitu daripada sistem pemerintahan beraja mutlak kepada pemerintahan berajaberperlembagaan (Lihat Thawatt Makoropong 1972; Benjamin A. Batson1984 dan K.B London 1939).
Pemimpin-pemimpin Islam Bangkok sepertiChaem Promyong atau Haji Samsuddin Mustapha dan Bachong Sricharoonatau Haji Wahab juga turut serta dalam rampasan kuasa tersebut.Rampasan kuasa bulan Jun 1932 membawa harapan baru kepada prosesrevolusi politik di Siam. Revolusi itu memperkenalkan sistem pemerintahanberperlembagaan yang memberi keutamaan kepada kebebasan dan peluangsama rata kepada kesemua lapisan masyarakat untuk melibatkan diri dalamproses pemerintahan sendiri. Matlamat revolusi itu adalah untuk mencapaikebahagiaan dan kemakmuran hidup kepada seluruh warga negara Siam.
Perubahan itu dialu-alukan oleh orang-orang Melayu di empat wilayahdi selatan itu. Di bawah sistem berparlimen ini, orang-orang Melayupercaya mereka akan memperolehi konsesi daripada kerajaan pusat untukmengekalkan autonomi berhubung agama, budaya dan bahasa mereka.
Sejajar dengan matlamat itu, pilihan raya pertama dalam sejarah politiknegara itu telah diadakan pada tahun 1933. Dalam pilihan raya itu seorangwakil rakyat keturunan Melayu telah dipilih untuk menduduki kerusi diParlimen. Beliau adalah Abdullah Lang Puteh berasal dari Setul. Dalampilihan raya tahun 1936 pula, dua orang calon Melayu lagi telah dipilihuntuk mewakili daerah Patani dan Narathiwat di Parlimen. Mereka ialahKumuda Abdul Putra dan Tengku Abdul Jalal atau dikenali juga sebagaiAdul Nai Saiburi. Tengku Abdul Jalal adalah anak Tengku Muttalib, RajaTeluban yang terakhir. Dalam tahun 1937, Kerajaan Phya Bahol telahmelantik Haji Mustapha atau Banchong Sricharon dari Bangkok sebagaiseorang Senator (Ibrahim Shukri 1985, 65).
Kehadiran wakil-wakil rakyatMuslim di parlimen ini telah memberi harapan kepada masyarakat Islamkhususnya orang-orang Melayu di selatan, yang selama ini terabai, atausekurang-kurang nasib mereka akan mendapat perhatian.Bagaimanapun, revolusi Siam itu juga telah menjadikan orang-orangSiam lebih bersemangat kebangsaan yang bersifat kesiaman daripadasebelumnya. Semangat kesiaman ini dapat dilihat di segi Perlembagaan 1932yang menyebut antara lain bahawa: Siam is a kingdom, one and indivisible.
Berasaskan semangat perlembagaan itu pemimpin-pemimpin Siam mulamenyusun dasar untuk membentuk sebuah negara Siam yang sejati berasaskankepada satu agama, bangsa, bahasa dan kebudayaan Siam. Semasapemerintahan Phya Bahol (1933-38), beberapa langkah awal telah diambiloleh kerajaan Siam untuk mengasimilasi penduduk-penduduk minoriti dinegara itu, termasuk juga kaum Melayu, melalui sistem pelajaran. Di bawahAkta Pelajaran itu, semua kanak-kanak yang cukup umur persekolahandiwajibkan belajar di sekolah kerajaan. Keadaan ini telah meletakkan orang-orangMelayu dalam dilema.
Sejak dari awal lagi pelajaran Siam dijalankan seiring dengan pengajaranagama Buddha. Ini kerana sami-sami Buddha yang memain peranan utamadalam bidang pendidikan, terutamanya dalam kegiatan menghapuskan buta huruf.Orang-orang Melayu menolak pendidikan Siam kerana mereka merasa bahawaitu adalah usaha awal pihak Siam untuk mensiamkan mereka dan jugamengambil anak-anak mereka sebagai anggota tentera. Menghantar anak-anak kesekolah Siam bererti membenarkan anak-anak mereka meninggalkan identitimereka sebagai seorang yang berketurunan Melayu dan beragama Islam. Lagipun,bahasa Siam yang diajar di peringkat sekolah itu bukanlah bahasa mereka danyang paling serius ialah sekiranya anak-anak mereka tidak mempelajari bahasaMelayu Jawi mereka tidak akan dapat mempelajari ilmu Islam dan boleh jadidisebabkan keadaan itu ia akan menggalakkan anak-anak Melayu memelukagama Buddha ataupun sekurang-kurangnya akan meninggalkan tradisi Islamsebagai satu cara hidup. Pada umumnya dasar untuk mengasimilasi orang-orangMelayu pada masa itu melalui pelajaran gagal; sebaliknya pula langkah tersebuttelah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu.
No comments:
Post a Comment