Tahun 1940-an memperlihatkan perkembangan nasionalisme bersifat kesiamanyang begitu kuat, terutama apabila Pibul Songgram, salah seorang pemimpinkanan tentera, mengambil alih teraju pemerintahan daripada Phya Bahol padabulan Disember 1938 (Thak Chaloem tiarana 1978; 243-317). Pibul Songgramadalah seorang ultra-nasionalis yang bercita-cita tinggi dan berdisiplin. Beliauingin melihat Siam muncul sebagai sebuah negara yang maju setaraf dengannegara Jepun, Jerman dan Itali. Beliau memandang jijik dengan keadaan orang-orang Siam yang mundur dan bersikap apathy itu.
Pibul melancarkansatu program dengan tujuan untuk menjadikan semangat kebangsaan kesiamansebagai pegangan hidup orang-orang Siam (Tham Sook Numnonda 1997).Beliau percaya bahawa kesedaran hanya dapat dicapai melalui rancangansosio-budaya yang berasaskan konsep nasionalisme, kebudayaan Siam danagama Buddha. Dengan kesedaran ke arah itu, rakyat Siam tanpa mengirabangsa atau kumpulan dan etnik maisng-masing akan dapat bekerjasamamenuju keunggulan negara baik di segi politik, sosio-budaya ataupun ekonomi.
Pibul telah mengubal Dasar Siam Rathaniyom atau dasar adat resamSiam. Di bawah dasar ini, kesemua penduduk di negara itu tanpa mengirakaum dan agama dikehendaki memakai pakaian potongan Eropah, bertopi,makan dengan sudu dan menggunakan meja sebagai tempat makan.Bagi memastikan dasar itu berjaya, Pibul Songgram terlebih dahulu telahbertindak menghapuskan penentang-penentangnya yang dianggap bolehmenggagalkan rancangannya. Operasi menangkap musuh-musuh politiknyatelah dijalankan pada awal Januari 1940 atas alasan untuk membersihkananasir-anasir yang terlibat dalam komplot untuk menggulingnya. Antaramereka yang ditahan termasuklah Putera Chainat, bapa saudara Raja AnandaMahidol, Kolonel Phraya Song dan Leftenan-Jeneral Phraya Thephusdin.Pibul memulakan rancangannya dengan mengumumkan tujuh dikri atauarahan bersifat perundangan dalam tahun 1939. Ketujuh-tujuh dikri itu adalahmengenai cara untuk menanamkan semangat cintakan negara di kalanganrakyat negara itu. Sejajar dengan semangat itu nama negara itu telah ditukardaripada "Siam" kepada "Thailand".
Kempen Rathaniyom itu adalah dibawah pengawasan Pibul sendiri dengan dibantu oleh Luang Vichit Vadhakarn,ketua Pengarah Jabatan Seni Halus dan juga seorang Menteri Tanpa Jabatan.Setengah daripada peraturannya adalah baik dari segi memupuk perasaan taatsetia kepada negara tetapi kebanyakannya adalah tidak sesuai dan tidakpraktikal termasuk untuk orang Siam sendiri. Keadaan ini telah menimbulkanperasaan kurang senang di kalangan penduduk-penduduk negara tersebut.Bersesuaian dengan semangat yang berkembang ketika itu, kerajaanSiam juga berusaha untuk mengawal kehidupan keagamaan penduduk-pendudukdi negara itu. Tujuannya adalah untuk menyamakan semangatkasihkan negara itu dengan Buddhisme.
Ini adalah satu-satunya langkahkerajaan pada ketika itu yang menyakitkan hati orang-orang Melayu. Orang-orangMelayu Siam Selatan tidak dibenarkan menggunakan nama Melayu,berpakaian Melayu, bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu sertamempelajari agama Islam. Sebab-sebab lain yang mencetuskan kemarahanorang Melayu ialah tindakan Pibul menghapuskan undang-undang Islam.
Sejak Chulalongkorn melaksanakan reformasi pentadbiran, urusan kekeluargaanberhubung nikah-kahwin dan harta pusaka telah dikecualikan daripada undang-undangSiam dan diserahkan kepada Majlis Agama Islam tempatan untukmenguruskannya. Tetapi semasa pemerintahan Pibul, pengecualian ini telahdihapuskan (Ibrahim Shukri 1985). Dalam tahun 1944, jawatan kadhi telahdihapuskan. Kesemua masalah yang berkait dengan soal nikah-cerai dan harta-pusakatelah diuruskan berasaskan undang-undang sivil.
No comments:
Post a Comment